• Utama
  • Info Korporat
  • Organisasi
  • Piagam Pelanggan


ANDA ADALAH PELANGGAN KAMI. KAMI AKAN BERUSAHA MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG ADIL, MESRA DAN SEGERA KEPADA ANDA. KAMI BERJANJI AKAN MEMBERIKAN PERKHIDMATAN SEPERTI BERIKUT :

1. BAHAGIAN PENTADBIRAN

  • Setiap aduan akan dikeluarkan akuan terima dalam tempoh 1 hari dan jawapan rasmi akan dijawab dalam tempoh 14 hari.
  • Mengeluarkan lesen hiburan awam dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh laporan daripada jabatan-jabatan berkenaan diterima.
  • Menyediakan baucer bayaran perkhidmatan dan bekalan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh bil diterima daripada pembekal/pemborong.
  • Mengeluarkan notis taksiran pindahmilik dalam tempoh 30 hari daripada tarikh permohonan.


2. BAHAGIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

  • Setiap aduan akan dikeluarkan akuan terima dalam tempoh 1 hari dan jawapan rasmi akan dijawab dalam tempoh 14 hari.
  • Setiap projek bagi perkhidmatan pembangunan fizikal, penyelenggaraan dan kemudahan asas akan dilaksanakan dalam jangkamasa 6 (enam) minggu daripada tarikh peruntukan diterima dari Pejabat Pembangunan Negeri.
  • Setiap permohonan projek yang lengkap akan dikemukakan ke Pejabat Pembangunan Negeri dalam jangkamasa satu(1) minggu daripada tarikh permohonan diterima.
  • Baucar-baucar pembayaran bagi sebutharga boleh disediakan dalam masa dua (2) minggu dari tarikh pengesahan kerja dibuat oleh Penghulu / Juruteknik.


3. BAHAGIAN PENTADBIRAN TANAH

  • Setiap aduan akan dikeluarkan akuan terima dalam tempoh 1 hari dan jawapan rasmi akan dijawab dalam tempoh 14 hari.
  • Memastikan bil-bil cukai tanah dihantar kepada tuan-tuan tanah sebelum 1 haribulan Januari setiap tahun.
  • Menyelesaikan permohonan tukar syarat nyata tanah pertanian kepada pertanian dalam tempoh 1 bulan.
  • Mengeluarkan Sijil Carian Rasmi dengan serta merta.
  • Mengeluarkan Sijil Carian Persendirian dengan serta merta.

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.