8. Permohonan Kebenaran Pindahmilik/Menggadai Tanah

Permohonan Kebenaran Pindahmilik/Menggadai Tanah

 

 

 

Penerangan ringkas

Kebenaran untuk memindah milik atau menggadai tanah perlu diperolehi daripada Pihak Berkuasa Negeri bagi hakmilik- hakmilik yang dikenakan 'sekatan kepentingan'.

 

Sekatan Kepentingan

Larangan ke atas pemilik tanah dari memindah milik atau menggadai tanah. 

                                                                                                                                               Seksyen 120 KTN

 

Borang diperlukan

  • Permohonan Kebenaran Pindahmilik (PTG 1/2001) 
  • Permohonan Kebenaran Menggadai Tanah (PTG 2/2001)

 

Cara memohon 

Pemohon dikehendaki mengisi borang permohonan yang boleh didapati di Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri atau Pejabat-Pejabat Tanah. 

Permohonan dikemukakan kepada :- 

  • Pengarah Tanah & Galian Negeri Perak - Hakmilik Pendaftar 
  • Pentadbir Tanah-Hakmilik Pejabat Tanah

 

Dokumen yang perlu disertakan

a) Kebenaran Pindahmilik di antara orang perseorangan.

  • Borang yang lengkap diisi. 
  • Sesalinan hakmilik. 
  • Sesalinan surat perjanjian jual beli (jika ada). 
  • Sesalinan resit cukai tanah semasa yang disahkan oleh Pentadbir Tanah. 
  • Sesalinan kad pengenalan pemilik dan bakal penerima milik. 
  • Suratkuasa Wakil (Power Of Attorney) yang disahkan. 
  • Surat persetujuan daripada pihak-pihak yang berkepentingan 
  • Salinan sah bukti pertalian keluarga sekiranya pindahmilik adalah antara ibubapa kepada anak-anak, suami isteri, dan antara adik-beradik seperti berikut :- 
    i. Salinan sijil kelahiran 
    ii. Sijil nikah atau Sijil pendaftaran perkahwinan

b) Kebenaran Pindahmilik di antara orang perseorangan kepada Syarikat/Pertubuhan dan di antara sesama Syarikat/Pertubuhan.

  • Borang yang lengkap diisi. 
  • Sesalinan hakmilik. 
  • Sesalinan surat perjanjian jual beli (jika ada). 
  • Sesalinan resit cukai tanah semasa yang disahkan oleh Pentadbir Tanah. 
  • Sesalinan kad pengenalan pemilik dan bakal penerima milik 
  • Sesalinan Undang-Undang Tubuh (Memorandum and Articles of Association) Syarikat/Pertubuhan tersebut yang membuktikan ianya layak memiliki tanah. 
  • Suratkuasa Wakil (Power of Attorney) yang disahkan. 
  • Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat. 
  • Resolusi Lembaga Pengarah Syarikat atau Pertubuhan untuk membeli atau menjual tanah yang berkaitan. 
  • Borang 24 dan 49 Akta Syarikat 
  • Surat persetujuan daripada pihak-pihak yang berkepentingan

c) Kebenaran Menggadai kepada Bank / Institusi Kewangan / Syarikat /Perbendaharaan Malaysia.

  • Borang yang lengkap diisi. 
  • Sesalinan hakmilik. 
  • Sesalinan resit cukai tanah semasa yang disahkan oleh Pentadbir Tanah. 
  • Sesalinan kad pengenalan pemilik 
  • Sesalinan Undang-Undang Tubuh (Memorandum and Articles of Association) Syarikat / Pertubuhan. 
  • Suratkuasa Wakil (Power of Attorney) yang disahkan. 
  • Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat. 
  • Resolusi Lembaga Pengarah Syarikat atau Pertubuhan untuk membeli atau menjual tanah yang berkaitan. 
  • Borang 24 dan 49 Akta Syarikat

 

Bayaran permohonan

  • Kebenaran Pindahmilik - RM 70.00 
  • Kebenaran Menggadai - RM 70.00

 

Kuasa meluluskan permohonan kebenaran pindahmilik tanah

Perkara

Jenis Hakmilik

Kuasa Melulus

Pindahmilik daripada :

  • ibu bapa kepada anak dan sebaliknya
  • suami kepada isteri dan sebaliknya
  • antara adik-beradik seibu atau sebapa
  • individu Bumiputera kepada Bumiputera
  • Bukan Bumiputera kepada bukan Bumiputera
  • bukan ahli keluarga

 

Hakmilik Pendaftar

 

Hakmilik Pejabat Tanah

Pengarah Tanah dan Galian

 

Pentadbir Tanah

     

Selain dari yang tersebut di atas

Hakmilik Pendaftar

 

Hakmilik Pejabat Tanah

Menteri Besar

 

Kuasa meluluskan permohonan menggadai tanah

 

Perkara

Jenis Hakmilik

Kuasa Melulus

Hakmilik yang mempunyai sekatan kepentingan tidak boleh menggadai kecuali dengan kebenaran

Hakmilik Pendaftar

 

Hakmilik Pejabat Tanah

Pengarah Tanah dan Galian

 

Pentadbir Tanah

 

Semua permohonan perlu dikemukakan

  • Pengarah Tanah & Galian Negeri Perak - HakmilikPendaftar 
  • Pentadbir Tanah - Hakmilik Pejabat Tanah

 

Peringatan

    a)  Sila semak permohonan anda berpandukan kepada senarai semakan yang terdapat di borang           berkenaan. 
    b)  Permohonan yang lengkap sahaja akan diproses 
    c)  Tempoh kelulusan ialah satu tahun dari tarikh surat dikeluarkan. 
    d)  Rayuan boleh dipertimbangkan: 
             - Untuk lanjutan tempoh kelulusan dengan bayaran RM 50.00 satu Hakmilik. 
             - Bagi kelulusan yang telah luput boleh memohon semula dengan bayaran RM 50.00 satu                Hakmilik. 
    e)  Salinan sah surat kelulusan kebenaran pindahmilik/menggadai dikenakan bayaran RM 30.00           bagi satu salinan

Seksyen 97 & 100 KTN  

 

Print   Email

7.Permohonan Menggadai Tanah

Permohonan Menggadai Tanah

 

 

 

Penerangan ringkas

Gadaian merupakan satu urusniaga apabila Pemilik Tanah atau Pemegang Pajakan menyerahkan Hakmilik kepada orang / badan lain sebagai jaminan keselamatan bayaran balik sesuatu pinjaman, anuiti atau mana-mana bayaran bertempoh dan wujud apabila didaftarkan di dalam hakmilik berkenaan.

 

Borang yang digunakan

Permohonan menggadai tanah hendaklah menggunakan 2 set Borang 16A atau 16B yang boleh dibeli di mana–mana Pejabat Tanah. 

                                                                                                                                          Seksyen 242 KTN

 

Jika ada sekatan kepentingan

Perlu mendapatkan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri (PBN). 

Permohonan dikemukakan kepada:-

  • Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak - Hakmilik Pendaftar 
  • Pentadbir Tanah - Hakmilik Pejabat Tanah

 

Cara mengisi borang 16N

Segala maklumat dalam Borang 16A/16B boleh ditaip atau ditulis dengan terang dan jelas menggunakan dakwat hitam atau biru kehitaman. 

Borang yang sudah diisi dengan lengkap mestilah diakusaksi oleh mana-mana pegawai atau orang yang disenaraikan diantaranya seperti berikut :-

  • Majistret 
  • Pengarah Tanah dan Galian 
  • Pendaftar Hakmilik 
  • Pentadbir Tanah 
  • Peguambela dan Peguam Cara. 
  • Penyaksi Awam (Notary Public).

Bagi permohonan mengadai tanah Pegangan Melayu di dalam kawasan Rizab Melayu Borang 16A/16B mestilah diakusaksi oleh Pentadbir Tanah 

                                                                                                                   Seksyen 211, 436 & 436A KTN

 

Tindakan selepas menyempurnakan borang 16A/16B

a)  Melekatkan setem hasil RM 10/- di atas Borang 16A/16B dan dimatikan di Pejabat Pemungut       Duti Setem. 

b)  Menyerahkan dokumen-dokumen berikut ke kaunter Bahagian Hakmilik Pejabat Pengarah       Tanah dan Galian Negeri / Bahagian Pendaftaran Pejabat Tanah berkenaan.

  • 2 set borang 16A/16B yang lengkap. 
  • Lampiran Perjanjian Pinjaman. 
  • Resit cukai tanah semasa. 
  • Dokumen hakmilik keluaran tanah berkenaan atau permohonan hakmilik gantian/sambungan bersama surat akuan hakmilik hilang. 
  • Surat kebenaran PBN jika berkaitan. 
  • Surat kebenaran Pemegang Kaveat jika berkaitan 
  • Suratkuasa Wakil jika berkaitan 
  • Borang DS 01 (Borang Penyerahan Dokumen) 
  • Bayaran yang ditetapkan kecuali gadaian kepada Perbendaharaan Malaysia

 

Proses gadaian selesai

Gadaian selesai apabila didaftarkan di dalam hakmilik berkenaan.

 

Bayaran

Borang Jadual 1A

RM 2

Pembelian Pelan

RM 20

Bayaran Permohonan

RM 50

Kerja-kerja Memperenggan Kawasan

RM 150 bagi satu hektar atau kurang (setiap tambahan satu hektar atau sebahagian daripadanya RM 40)

 

Kuasa melulus

Hakmilik Pejabat Pendaftar (Geran / Pajakan Negeri / HSD) diluluskan oleh Pendaftar Hakmilik di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri. 

Hakmilik Pejabat Tanah (Geran Mukim / Pajakan Mukim / HSM) diluluskan oleh Pentadbir Tanah di Pejabat Tanah berkaitan.

 

Contoh Borang dan Dokumen

  • Borang 16A 
  • Borang 16B 
  • Resit Cukai Tanah 
  • Borang DS 01
 

Print   Email

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.