Hari Keluarga Kelab Petanda Selama

Pada 25 Disember 2014,telah berlangsungnya Hari Keluarga Kelab Petanda Selama bertempat di Suria Apartment Bukit Merah.Majlis ini berlangsung dengan kehadiran ahli keluarga Kelab Petanda Selama.Majlis ini juga mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan.Pelbagai aktiviti dijalankan seperti kutip gula-gula,cari gula-gula dalam tepung,sambut-sambut sayang,musang berjanggut,polo air,tendang bola ke jaring dan boling kelapa.

Untuk melihat gambar pergi ke Maklumat Korporat dan klik Galeri Foto.

Cetak   Emel

Majlis Perhimpunan Bulanan

Pada 9 Disember 2014,telah berlangsungnya Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Disember 2014.Majlis ini dikendalikan oleh Pn.Siti Nasratul Azwa Bt Nadzri dari Bahagian Khidmat Pengurusan.Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Shukri Bin Abdoll Halim dari Pembangunan Luar Bandar seterusnya bacaan ikrar dari Pn.Noraihan Bt Mat Saat,dan nyanyian lagu Negaraku,Negeri Perak seterusnya Nyalakan Tekad.Majlis diserikan lagi dengan kehadiran penceramah jemputan iaitu En. Abdul Kabir Bin ABD Malek dari Yayasan Ekonomi Islam Malaysia,dan tajuk ceramah beliau ialah ''Kerja Sebagai Satu Ibadah".Sebelum ceramah bermula,majlis diserikan lagi dengan ucapan aluan dari Penolong Pegawai Daerah Selama yang baru Cik Izziantee Bt Izzahan.

Untuk melihat gambar sila ke Maklumat Koporat dan Klik Galeri Foto.

Cetak   Emel

Majlis Persaraan dan Pertukaran Pegawai/Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Selama

Pada 07 November 2014 telah berlangsungnya Majlis Persaraan dan Pertukaran Pegawai/Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Selama.Majlis diadakan di Restoran Nurhay's Kulim Kedah.Sebelum Majlis bermula satu program telah berlangsung iaitu Pertandingan Bowling antara kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Selama.Pertandingan ini diserikan lagi dengan kehadiran Pegawai Daerah Larut,Matang dan Selama iaitu Tuan Kamaruddin Bin Awang.

Untuk melihat gambar sila ke Maklumat Korporat dan klik pada galeri foto.

Cetak   Emel

Gotong-royong Memerangi Aedes

Pada 17 Oktober 2014 telah berlangsungnya Program Gotong-royong membersihkan persekitaran pejabat bagi mengelakkan pembiakan nyamuk aedes.Kerjasama yang telah diberikan oleh pegawai dan kakitangan sangat memberangsangkan.Kawasan-kawasan yang terbiar tanpa dipantau telah dibersihkan.Barang-barang yang tidak digunakan dikumpulkan untuk perlupusan.

Untuk Melihat gambar sila ke Maklumat Koporat dan pilih Galeri Foto.

Cetak   Emel

Perhimpunan Bulanan & Bacaan Yassin

Majlis Perhimpunan Bulanan Pejabat Daerah dan Tanah Selama bagi bulan Oktober telah diadakan pada 03 Oktober 2014 pada hari Jumaat bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Selama.Majlis ini dikendalikan oleh Ketua Pembantu Tadbir (Daerah) Encik Asri Bin Alias.Majlis ini dimulakan dengan bacaan Yassin,dan seterusnya disambung dengan Majlis Perhimpunan Bulanan (Oktober).Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku,Lagu Nyalakan Tekad dan Lagu Perkhidmatan Awam seterusnya bacaan ikrar.Majlis diserikan lagi dengan penyampaian sumbangan cenderahati kepada pegawai dan kakitangan yang menyambut cahaya mata pada tahun ini.

Cetak   Emel

  • 1
  • 2

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.