• Utama
  • Berita
  • SINAR HARIAN - Mural feri tenggelam hiasi pinggiran Sungai Kerian
PARIT BUNTAR - Melukis mural tragedi feri karam yang meragut 27 nyawa 48 tahun yang lalu bukanlah sesuatu yang mudah kerana insiden itu tidak disaksikan sendiri dan hanya bergantung kepada gambar-gambar lama sebagai panduan.Bagaimanapun, itu bukan alasan bagi Mohamad Azizul Ismail, 32, untuk menghasilkan mural bersama rakannya, Mohd Hisbullah Afifi Firdaus, 25, mengenai tragedi itu di tujuh tembok setinggi kira-kira 1.5 meter di Dataran Penggiran Sungai Kerian di sini.Bagi menterjemahkan kisah tragis berkenaan dengan lebih mendalam, kedua-dua pelukis itu memilih untuk menggunakan hanya lima warna cat kapur iaitu putih, hitam, kuning, biru dan merah dalam menyiapkan karya mereka atas permintaan Majlis Daerah Kerian.“Kami tidak menggunakan warna yang terang kerana ia satu tragedi, maka adaptasi penggunaan medium memerlukan penelitian bagi menggambarkan suasana sebenar latar tempat persekitaran pada waktu itu.“Sungai Kerian mempunyai sejarah dan lukisan mural ini akan menjadi tatapan kepada pengunjung, untuk mengetahui peristiwa itu yang pernah mencetuskan kegemparan di seluruh negara,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Klik di sini untuk artikel penuh.

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.