Cetak
Jumlah paparan: 50

SUNGAI BESAR, 13 Sept -- Pelajar sekolah rendah dan menengah di daerah Kota Setar, Kedah akan mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran dikuatkuasakan di kawasan itu sejak Jumaat lepas.Timbalan Menteri Pendidikan I Muslimin Yahaya berkata semua pentadbir sekolah dan guru telah diarahkan untuk melaksanakan pembelajaran secara dalam talian sehingga sekolah kembali dibuka seperti biasa. "Pihak sekolah diminta membantu pelajar yang tidak mempunyai akses kepada talian internet dan alat peranti yang sesuai untuk pembelajaran secara dalam talian. "Bagi menangani perkara ini, guru boleh menghantar lembaran kerja ke rumah pelajar, atau ibu bapa pelajar boleh mengambilnya di sekolah," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Bomba Komuniti Zon Selangor Utara, di sini, hari ini yang disempurnakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.