• Utama
  • Info Korporat
  • Pengenalan
  • Perutusan Pegawai Daerah

Perutusan Ketua Jabatan Pejabat Daerah dan Tanah Selama

 
Pegawai Daerah Larut,Matang dan Selama

Selamat Datang Ke Laman Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Selama.

Pejabat Tanah Dan Daerah Selama merupakan sebuah jabatan kerajaan yang fungsi utamanya ialah berkaitan dengan pengurusan pentadbiran tanah. Perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan ialah berkaitan dengan Pembangunan dan Perundangan Tanah, Penguatkuasaan, Urusan Pendaftaran, Kawalselia Hakmilik Strata dan Pengeluaran Bil-Bil Cukai Tanah.

Perkhidmatan di bawah aktiviti Pembangunan dan Perundangan Tanah termasuklah Permohonan-Permohonan Tukar Syarat Tanah, Pecah Sempadan/Bahagian Tanah, Pengambilan Balik Tanah, Pelupusan Tanah (Berimilik dan Lesen Pendudukan Sementara). Aktiviti Penguatkuasaan Tanah ialah tindakan kawalselia ke atas tanah-tanah yang tertakluk kepada beberapa Akta Pemeliharaan Tanah 1960, Warta Taliair, Enakmen air dan lain-lain, manakala aktiviti pendaftaran termasuklah Pendaftaran Surat Hakmilik dan Pendaftaran Urusniaga (i.e Pindah Milik, Gadaian, Pajakan) dan pendaftaran bukan urusniaga (i.e Kaveat).

Selain itu satu unit yang di namakan Unit Hakmilik masih lagi dikekalkan di mana unit ini bertanggungjawab untuk menukar saki baki suratcara lama kepada Suratan Hakmilik baru di bawah Kanun Tanah Negara.

Perkhidmatan-perkhidmatan ini disediakan dan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa adalah selaras dengan hasrat untuk terus menggerakkan pembangunan Hartanah Negeri Perak oleh sektor kerajaan dan swasta. Saya percaya urusan-urusan pentadbiran tanah yang licin dan cepat adalah merupakan pemangkin utama kepada pembangunan hartanah di negeri ini. Adalah menjadi harapan Pejabat Pengarah Tanah & Galian dengan adanya laman web ini maka orang ramai dapat menggunakannya dengan sepenuhnya di dalam urusan-urusan yang berkaitan dengan permohonan tanah.

Akhirnya saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan jabatan yang menjalankan tugas dengan penuh komitmen dan tanggungjawab untuk mencapai matlamat jabatan.


Selamat melayari laman P.D.T Selama
Sekian, terima kasih.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.