• Utama
  • Info Korporat
  • Organisasi
  • Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan


ANDA ADALAH PELANGGAN KAMI. KAMI AKAN BERUSAHA MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG ADIL, MESRA DAN SEGERA KEPADA ANDA. KAMI BERJANJI AKAN MEMBERIKAN PERKHIDMATAN SEPERTI BERIKUT :

1. BAHAGIAN PENTADBIRAN

  • Setiap aduan akan dikeluarkan akuan terima dalam tempoh 2 hari dan jawapan rasmi akan dijawab dalam tempoh 14 hari.
  • Menjalankan tugas-tugas yang telah diamanahkan dengan lebih bertanggungjawab disamping bersedia untuk meningkatkan prestasi dan imej jabatan.
  • Mengeluarkan lesen hiburan awam dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh laporan daripada jabatan-jabatan berkenaan diterima.
  • Menyediakan baucer bayaran perkhidmatan dan bekalan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh bil diterima daripada pembekal/pemborong.
  • Meningkatkan kutipan bayaran Rancangan Perumahan Awam dengan menggalakkan penyewa beli membuat bayaran secara sekaligus.
  • Membatalkan setem hasil ke atas dokumen atau suratcara dengan segera.
  • Mengeluarkan notis taksiran pindahmilik dalam tempoh 30 hari daripada tarikh permohonan.
  • Menjawab dan mengambil tindakan terhadap setiap aduan yang diterima dengan cepat mungkin.
  • Mewujudkan suasana persekitaran kerja yang harmoni, selesa dan indah.



2. BAHAGIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

  • Menjalankan tugas-tugas yang telah diamanahkan dengan lebih bertanggungjawab disamping bersedia untuk meningkatkan prestasi dan imej jabatan.
  • Setiap projek bagi perkhidmatan pembangunan fizikal, penyelenggaraan dan kemudahan asas akan dilaksanakan dalam jangkamasa 6 (enam) minggu daripada tarikh peruntukan diterima dari Pejabat Pembangunan Negeri.
  • Baucar-baucar pembayaran bagi sebutharga boleh disediakan dalam masa dua (2) minggu dari tarikh pengesahan kerja dibuat oleh Penghulu / Juruteknik.
  • Setiap permohonan projek yang lengkap akan dikemukakan ke Pejabat Pembangunan Negeri dalam jangkamasa satu(1) minggu daripada tarikh permohonan diterima.
  • Urusan Perlantikan Ketua Kampung dan ahli JKKK akan dikemukakan untuk kelulusan Kerajaan Negeri dalam jangkamasa empat (4) minggu dari tarikh mesyuarat Jawatankuasa Percalonan dan Perlantikan Ketua Kampung dan JKKK peringkat daerah.



3. BAHAGIAN PENTADBIRAN TANAH

  • Menjalankan tugas-tugas yang telah diamanahkan dengan lebih bertanggungjawab disamping bersedia untuk meningkatkan prestasi dan imej jabatan.
  • Memastikan bil-bil cukai tanah dihantar kepada tuan-tuan tanah sebelum 1 haribulan Januari setiap tahun.
  • Menyelesaikan permohonan tukar syarat nyata tanah pertanian kepada pertanian dalam tempoh 1 bulan.
  • Mengeluarkan Sijil Carian Rasmi dengan serta merta.
  • Mengeluarkan Sijil Carian Persendirian dengan serta merta.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.