Pentadbiran Tanah
FUNGSI PEJABAT TANAH
- Memungut hasil tanah.
- Merancang pemberian milik tanah kerajaan.
- Mengurus pendaftaran urusniaga.
- Mengurus permohonan pengambilan balik tanah, tukar syarat, pecah bahagian/sempadan, kebenaran pindahmilik dan gadaian oleh Y.A.B Menteri Besar Perak serta Perintah Lelong.
- Mengawal pelanggaran syarat ke atas tanah-tanah milik.
- Mengawal penerokaan haram ke atas tanah kerajaan.
- Menguruskan permohonan penyelesaian Harta Pesaka Kecil.
- Menentukan supaya tanah digunakan mengikut peraturan dan undang-undang tanah bagi menghasilkan faedah yang optima kepada rakyat dan kerajaan.
- Menentukan pengurusan tanah di seluruh Daerah Kecil Lenggong dilaksanakan mengikut undang-undang dan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan.
- Menentukan hasil tanah dipungut dengan cara yang berkesan dan sistematik.
UNIT PELUPUSAN TANAH
- Memproses permohonan pemberian milik tanah, perizaban dan Lesen Menduduki Sementara ( TOL ).
- Memproses permohonan melombong.
UNIT TEKNIKAL
- Menyediakan laporan tanah bagi semua jenis permohonan.
- Mengambil tindakan ke atas : Pendudukan secara tidak sah ke atas tanah kerajaan, rezab dan tanah lombong. Pengeluaran dan pengalihan bahan-bahan batu secara tidak sah. Pelanggaran Syarat tanah bermilik
UNIT PENDAFTARAN
- Mengeluarkan Suratan Hakmilik Sementara / Kekal / Sambungan / Ganti
- Mengeluarkan Carian Rasmi / Carian Persendirian
- Pendaftaran Pindahmilik/ Pesaka / Gadaian / Melepasan Gadaian / Pajakan / Melepaskan Pajakan
- Permohonan Kebenaran Pindahmilik Tanah / Mengadai
- Permohonan memasukan Kaveat
UNIT BICARAKUASA
- Memproses permohonan bicarakuasa
- Memproses Permohonan Perintah Jual / Lelong
UNIT HASIL
- Mengutip bayaran cukai tanah dan lain-lain bayaran
- Meningkatkan kutipan cukai tanah dan mengurangkan tunggakan cukai tanah.
UNIT PEMBANGUNAN TANAH
- Memproses permohonan Permit Bahan Batu
- Memproses permohonan Tukar Syarat
- Memproses permohonan Pecah Bahagian, Pecah Sempadan
- Memproses permohonan Pengambilan Tanah
UNIT PELUKIS PELAN
- Mencatat Laporan Awal untuk semua permohonan Tanah, Permit dan Galian
- Menyediakan laporan pelukis pelan, membuat 'carting' dan merekod ke dalam Buku Carta untuk semua permohonan tanah, permit dan galian
- Menguruskan permohonan melihat, membeli dan mendapatkan pelan tanah
- Menyediakan pelan untuk ulasan / rujukan jabatan teknikal, pelan kertas mesyuarat JKTD / MMK, pelan PU & HSM, DHDK / DHKK, perin mencarta dan lain-lain pelan yang berkaitan urusan Pejabat Tanah
- Mengawasi dan mengemaskini pelan litho, pelan topo dan lain- lain pelan